Tarikh Keputusan:
1 Jun, 2003
Keputusan:
Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat
dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 35
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 adalah dengan ini disiarkan
sebagai berikut :-
"A. Bahawa Ajaran Bahai adalah ajaran sesat. Umat Islam yang terlibat
dengannya boleh membawa kepada murtad. Oleh itu, umat Islam adalah
dilarang dan haram melibatkan diri dengannya dan siapa yang telah
terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.
B. Bahawa pengharaman ini meliputi:
i. apa-apa
variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (A) di
atas, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem
amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan
pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah;
ii. apa-apa bahan publisiti termasuklah
apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, bertulis, ditaip atau
dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk untuk dibaca,
dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di (A) di atas.
Oleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan
fahaman Ajaran Bahai, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi
ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan
apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan
kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup,
menyebar dan mengembangkan ajaran ini.
Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki,
menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audia,
pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa
dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda- tanda
yang boleh mengaitkan ajaran Bahai dengan ajaran Islam. "
Penwartaan Status:
Diwartakan
Tarikh Diwartakan:
11 Dec, 2003
Nombor Rujukan:
No.JPBN: 308/6
Fail / Enakmen:
No 1,037
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ajaran-bahai
Baha'i Faith is a Pseudo religion acting as a major agent in strengthening the Zionists regime.
Ajaran Bahai Akidah
Subscribe to:
Posts (Atom)